Tuesday, 28 May 2013

Assalamualaikum WWT 


Ada banyak benda nak diluahkan dari dasar hati.
Ada banyak rahsia tersembunyi di sanubari.

Ada banyak duka yang dipendam menyakitkan diri.
Percayalah
Walaupun tidak diluahkan pada sesiapa pun,
ALLAH telah lama tahu,
ALLAH telah dulu tahu,
ALLAH lebih dulu mengerti,
Setiap rahsia hatimu.
"Kalau macam tu, tak perlulah doa luah pada ALLAH. ALLAH dah tahu segala."
ALLAH memang Maha Mengetahui,
Cuma ALLAH mahu tengok, 
Adakah Dia yang kita cari?
Tidak peduli, luahkan juga segala rintihan hati.
Besarnya erti tangan yang menadah,
Berdoa pada ALLAH,
Luasnya makna,
Hati dan bibir yang menyeru,
Nama Tuhannya.
Tapi kita terus menerus,
Merintihnya banyak,
Berdoanya tidak,


BERDOALAH ALLAH MAHA MENDENGAR SEGALA LUAHAN HATI KITA :')


2 comments:

  1. Sampaikan bisikan harapan di sujud terakhirmu. Don't be sad, Allah close to you :)

    ReplyDelete
  2. In shaa ALLAH sayang.. Aku rindu kau.. Nak peluk kuat kuat untuk ringankan rasa yang di tanggung..

    ReplyDelete