Tuesday, 28 May 2013

Assalamualaikum WWT 


Ada banyak benda nak diluahkan dari dasar hati.
Ada banyak rahsia tersembunyi di sanubari.

Ada banyak duka yang dipendam menyakitkan diri.
Percayalah
Walaupun tidak diluahkan pada sesiapa pun,
ALLAH telah lama tahu,
ALLAH telah dulu tahu,
ALLAH lebih dulu mengerti,
Setiap rahsia hatimu.
"Kalau macam tu, tak perlulah doa luah pada ALLAH. ALLAH dah tahu segala."
ALLAH memang Maha Mengetahui,
Cuma ALLAH mahu tengok, 
Adakah Dia yang kita cari?
Tidak peduli, luahkan juga segala rintihan hati.
Besarnya erti tangan yang menadah,
Berdoa pada ALLAH,
Luasnya makna,
Hati dan bibir yang menyeru,
Nama Tuhannya.
Tapi kita terus menerus,
Merintihnya banyak,
Berdoanya tidak,


BERDOALAH ALLAH MAHA MENDENGAR SEGALA LUAHAN HATI KITA :')


Monday, 27 May 2013

Bakal Imam yang tertulis di Luh Mahfuz


Assalamualaikum WWT



Ya ALLAH,
Andai masanya belum tiba,
Jangan izinkan aku untuk jatuh cinta,
Aku memohon agar Kau tunjukkan jalan,
Agar Kau tunjukkan aku tuntutun yang perlu aku lakukan,
Jauhkanlah aku daripada kemaksiatan,
Jauhkanlah aku daripada perkara yang tidak dapat memberi manfaat,
Dan jauhkan aku daripada perkara yang Engkau murkai, Agar aku dapat menjaga diri.



Ya ALLAH,
Jika aku jatuh cinta,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu,
Jadikanlah aku yang mencintainya kerana agama yang ada padanya,
Jika dia hilangkan agama yang ada dalam dirinya,
Maka hilanglah cintaku padanya,
Sesungguhnya, cinta yang suci itu tidak buta.

Ya ALLAH,
Dan jika dia mencintai aku,
Biarkanlah dia mencintai aku kerana agama itu juga,
Asalkan dia tidak lebihkan cinta kepadaku melebihi cinta kepadaMu,
Supaya cinta itu bersemi di lembayung keredhaan-Mu,
Kerna dari situ lahirlah rahmah dan mawaddah dalam rumahtangga.

Ya ALLAH,
Jika ini bukan masanya,
Jika ini belum saatnya,
Dan jika Kau tahu kami belum bersedia,
Selamatkan kami,
Jarakkan kami,
Pisahkan kami,
Agar kami jauh dari khilaf yang merosak izzah dan iffah,
Agar kami tak mengundang murka-MU,
Agar kami dapat lebih menjaga hati,
Agar hati menjadi yang diredhai ilahi.

Ya ALLAH,
Andai dia bukan untuk ku,
Andai dia bukan jodohku,
Maka berilah ganti yang lebih baik buatnya,
Berikanlah dia insan yang benar benar terbaik buat kehidupannya,
Insan yang benar-benar mampu memimpinnya ke syurga-Mu,
Dan bantulah aku untuk memperbaiki diriku,
Agar aku kukuh dalam mencari cinta-Mu.

Aminn ya rabb =)

In Shaa ALLAH till Jannah ^^

Saturday, 25 May 2013



Assalamualaikum WWT
Ingat la wahai si pembaca
Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan
Berwudhu’lah kamu sebelum kamu diwudhu’kan
Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
Tutuplah ‘auratmu sebelum ‘auratmu ditutupkan
Dengan kain kafan yang serba putih
Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih
Walaupun orang yang hadir itu merintih
Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah
Dengan empat kali takbir dan satu salam
Berserta Fatihah, Selawat dan doa
Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus
Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud
Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian
Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
Usunglah dirimu ke tikar solat
Sebelum kamu diusung ke liang lahad
Menjadi makanan cacing dan makanan ulat
Iringi dirimu ke masjid
Sebelum kamu diiringi ke Pusara
Tangisilah dosa-dosamu di dunia
Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa’
Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan
Dengan panggilan ‘Izrail yang menakutkan
Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan
Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
Bukan yang pergi
Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
Ingatlah di mana saja kamu berada
Kamu tetap memijak bumi Tuhan
Dan dibumbungi dengan langit Tuhan
Serta menikmati rezeki Tuhan
Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya
Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
Lalu menjadi segumpal darah
Lalu menjadi seketul daging
Lalu daging itu membaluti tulang
Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
Yang kalau jatuh ke tanah
Ayam tak patok itik tak sudu
Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu
Yang lebih agung dari malaikat
Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alas Solaah’
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan ‘Hayya ‘alal Falaah’
Jalan kemenangan akhirat dan dunia
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri, kad kredit dan kereta
Kondominium, saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia. 


Friday, 15 February 2013

Assalamualaikum WWT..

Kali ini aku nak bercerita tentang perjumpaan kami yang memang tak dirancang pun.. Secara kebetulan memang tak di sangka. Memang dari dulu lagi kami merancang untuk berjumpa tapi ada sahaja halangan kami untuk tidak berjumpa tapi alhamdulilah kali ini ALLAH memakbulkan doa kami untuk berjumpa walaupun sekejap tapi cukup membuatkan kami gembira dan kenangan yang tidak dapat kami lupakan. Hanya ALLAH sahaja yang tahu perasaan kami time tu saat kami berjumpa. Di harap perjumpaan kali ini bukan kali pertama dan yang terakhir, akan ada lagi perjumpaan yang akan datang In Syaa ALLAH...




Kenangan terindah kami 

Muka bahagia bila dapat bertemu ^_^

Gaya kami yang bahagia <3